script not supported





























 
Bahasa Malaysia |
content layout space2
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
Logo
  • Pengumuman: Keputusan Sebut Harga (B) SPRM Tahun 2014
    >> Baca
  • Pengumuman - Keputusan Tender SPRM 05/2014 dan Rundingan Terus
    >> Baca
 

Saluran Aduan Pelanggaran Tatakelakuan

Panduan Menyalurkan Aduan Pelanggaran Tatakelakuan

  1. Seksyen 15 (1) Akta SPRM 2009 memperuntukkan fungsi Jawatankuasa Aduan seperti berikut:

    (a)  untuk memantau pengendalian oleh Suruhanjaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya; dan

    (b)  untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja Suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut.
     
  2. Bagi maksud tersebut, aduan pelanggaran tatakelakuan boleh diklasifikasikan seperti berikut:

    Salah laku iaitu apa-apa perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa;

    Salahguna kuasa iaitu apa-apa ketidakpatuhan kepada peraturan semasa menjalankan kuasa di bawah Akta SPRM 2009 atau undang-undang lain yang berkaitan;

    Cuai iaitu apa-apa kelalaian ketika melaksanakan pekerjaan, tugasan atau arahan rasmi; dan

    Pelbagai iaitu apa-apa perbuatan salah laku yang tidak bersifat jenayah selain klasifikasi di atas.
     
  3. Sehubungan itu, mana-mana orang atau warga SPRM boleh menyalurkan aduan pelanggaran tatakelakuan kepada Sekretariat Jawatankuasa Aduan melalui saluran berikut:

    (a)  Menghadirkan diri di pejabat Bahagian Kecemerlangan Dan Profesionalisme SPRM di alamat:

           Aras 7, Menara Prisma
           26 Persiaran Perdana, Presint 3
           62675 Putrajaya

    (b)  Menulis surat ke alamat di atas;

    (c)  Menghubungi telefon 03-88900614/ 705/ 738;

    (d)  Menghantar faksimili ke 03-88905153; atau

    (e)  Mengemukakan emel ke sekretariat.ja@sprm.gov.my
     
  4. Jawatankuasa Aduan akan memantau setiap tindakan atau hasil siasatan terhadap aduan pelanggaran tatakelakuan yang dilaksanakan oleh Bahagian Kecemerlangan Dan Profesionalisme.

* Muat turun poster Saluran Aduan Pelanggaran Tatakelakuan di bawah:-

 

 
Lampiran Tarikh Catatan
file pdf Saluran Aduan Pelanggaran Tatatertib   
16/07/2013  Bahagian Kecemerlangan dan Professionalisme 

 
Kemaskini Terakhir : 16 Julai 2013          
Hits : 47236
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000
62007 Putrajaya

telephone number +603 8886 7000 / 1-800-88-6000
fax number +603 8888 9562
Saluran aduan/menyalur maklumat?
telephone number  1-800-88-6000 / +603 8886 7000
Hits | Hari Ini: 7951 | Minggu Ini: 7951 | Bulan Ini: 517358 | Tahun Ini: 7379511 | Keseluruhan: 10820894
Paparan menarik, sila gunakan Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.